Walaupun dugaan datang melanda, semoga senyuman mampu kuukir, tanda aku tabah menghadapinya.
Friday, November 20, 2009
Lama sungguh....tak update...
Lama sungguh aku tak update blog ni... Entahla.....sejak bertukar kat Putrajaya semula...sejak dapaat kuarters........hrm...mungkin kerana kesibukan kerja yang teramat sangat, sampai membuatkan aku takda peluang untuk nak mengadap blog aku ni...padahal banyak citer yang aku nak kongsi kepada yang ssudi membaca....ni pun mungkin kebetulan, aku g ikut en suami ke tempat kerjanya....sementara boring2 ni, adalah rasa nak mengupdate blog....tapi nak citer tentang apa ye?? Esok aku kena ot...yela, minggu depan mulai 23hb Nov-2 Dis aku akan bercuti...Ahad ni family aku dari Benta nak datang...kebetulan Selasa (24hb) kakak aku yang kembar tu (Kak A) ada konvo di PICC...jadi dah alang2 umah aku dekat, family semua berkumpul kat sini....Minggu lepas family belah suami datang...sebenarnya aku suka sangat bila family2 datang umah...ramai2....seronok bila dapat berkumpul macam tu...borak2....lagipun bukan selalu kan.... daah kebetulan abah mertua datang bolehla waaat kenduri doa selamat..pagi Sabtu aku kena OT.......so, pagi tu sempatla kau waat nasik lemak untuk sarapan pagi tu...aku balik pun dah petang..nasib baik ada De (kakak ipar), banyak tolong masak, ikan patin masak tempoyak..fresh lagi...ikan tu dibawa dari Temerloh (4kg(7 ekor), daging masak merah, sayur campur, ikan sungai goreng + ikan pekasam......doa selamat dgn tahlil bermula lepas solat Isyak berjemaah di rumah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment