Hari ini kalau diikutkan aku perlu melapor diri di Ofis baru, namun kerana surat yang diterima tarikhnya amat suntuk untuk aku menyelesaikan tigas, jadi aku memaklumkan kpd JPN Negeri untuk aku menangguhkan lapor diri ssehingga 17 Julai 2009 dan akan melapor diri di JPN Putrajaya padA 20 Julai 2009. Dan dalam masa tiga hari ini aku akan selesaikan tugas2 yang penting sebelum aku bertukar ofis. Tengahari tu waktu rehat, aku agak hairan kerana beberapa kakitanganku telah tanpa keluar rehat tanpa mengaajakku sama. Biasanya g makan sama2...tapi aku tengok ada lagi 2 orang masih ada dalam ofis...jadi ku abaikan je..jam 1 tghaari, kami keluar dan yang peliknya tempat yang dituju bulkanla tempat yang biasaa kami mkn. Rupa2nya diorang semua nak blanja aku rupanya....patutla ada yang senyap2 je kuar...nak g order makanan dulu rupanya....tenpat makannya adalah KFC...heheh...Idamanku selalu....gambar tak diambil ssebab aku tak tahu diorg nak blanja...klu aku tahu udah tentu kameraku bawa sama...tapi takpela...apapun terima kasih banyak2 kepada Kak Ida, Kak U, Kak Adik, Ati, Kak Zah, Kak Siti dan Suhaimy...susah2 je....
Petang pulak, waktu balik keja, aku kan tumpang g keja ngan Kak Ida. Jadi petang tu last la aku jumpa dia sebab hari esok dan lusa dia akan bercuti kerana terlibat dengan sukan dalaman JPn yang dibuat di Kelantan. Time bersalam ngan dia sedihla jugak...sebab dia banyak tolong aku...kepada 2 orang anak lelaki nya aku hanya dapat menghulur RM50 setiap seorang. Bukan apa tak terbalas rasanya pertolongan dia dgn aku...Hanya itu je yang mampu aku berikan...
No comments:
Post a Comment