Wednesday, July 1, 2009

Apabila suami......berjauhan

Pagi tu aku g keja suami yang hantar. Mula2 g hantar Hadif kat umah pengasuh dulu. Pastu baru hantar aku. Aku sampai ofis dalam kul 7.50 pagi. Lepas semua hal ofis ok, kaunter semua ok, aku terus kuar g sarapan dgn suamiku. Sebab lepas tu dia terus nak gerak balik ke Puchong caz dia keja shift malam minggu ni. Petang tu balik keja rasa badan hadif dah suam2.. hrm...nak deman agaknya. Dan sememangnya betul. Malam tu dah panas badan dia. Esokkan harinya aku terpaksa cuti... demi menjaga anak kan... abang ipar tolong bawak g klinik.. doktor cakap memang panas. Jadi doktor suh bagi ubat kat bontot dia... meraung2 di marah sebab usik dia... hehehe...hadif ni....sepanjang hari tu memang dia asyik meragam jela... memang aku tak leh nak wat keja.. asal gerak sikit je dia menangis...hrm...cmne ni... memang menguji kesabaran aku... dan menyampai ke malam, aku tengok mulut haadif naik bintik2, kat tangan, kat badan...kat kaki...aik sakit apa plak ni. Aku Cuma terfikir penyakit kuku, kaki, tangan dan mulut je... so esoknya, hari Jumaat aku terpaksa bercuti lagi.. bawak lagi hadif ke klinik... doktor pun tak pasti sakit apa...mungkin chicken pock atau kuku, tgn, mulut tu.. sso doktor bagi ubat sapu.. and tengokla dalam beberapa hari cmne keadaan dia...tapi memang dia asyik merengek je... tapi yang membuatkan aku sedih, bila kerapkali dia menangis pasti dia sebut AYAH...AYAh... aaduhla....sampaikan dalam tido pun dia blh sebut AYAH, AYAh... demam rindu agaknya... Kesian anak ibu... Sabar ye nak... Nasib baik 2,3 harinyaa keadaan dia dah makin baik.. dah kurang merengek...

No comments:

Post a Comment