Kira-kira kul 4.15 petang aku cuba menelefon JPN untuk mengetahui status surat lapor diri aku...dan katanya surat dah keluar tapi tak sempat nak pos. jadi kena g amik sendiri. maka aku dengan segeranya menelefon suamiku untuk menemanku untuk mengambil surat tu... Dalam perjalanan aku ke JPn tu barula aku mendapat panggilan dar JPN sendiri. tapi aku tak amik peduli sangat sebab aku dah telefon lebih awal. nak harapkan diorang tel, dah nak habis waktu kerja baru nak telefon... nak marah jugak rasenya. dah lama dapat kat JPN pasir gudang. kan bagus kalau diorg bagitau awal2. senang kita nak prepare dan bersedia bila terima tempat kat jauh2 cmni... adoila...memang menguji hati dan perasan...serta tahap kesabaranku...nak merayu dah tak berpeluang. nak tak nak...balik ke rumah dengan fikiran yang berkecamuk...
sampai umah toksah katala...betapa sedihnya aku mengenangkan dapat jauh cmtu...balik2 umah aku tak berenggang langsung dengan hset aku tu...habis semua orang aku sms nak tahu pendapat tentang perkara ni..dan kebanyakkannya memberi pendapat agar aku menerima tawaran tu..apapun aku bersyukur kerana keluargaku dan keluarga mertuaku sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk aku lebih tabah mengharungi dugaan ni...
No comments:
Post a Comment