Monday, April 20, 2009

Jamuan Perpisahan...

Jamuan perpisahan buat aku diadakan pada 9 April (Khamis). Y.Bhg. Dato’ KP pun sudi hadir ke majlis tersebut. Tapi memang syahdu giler la.. tahap aku mengalirkan air mata…sedih…takkan tak sedih.. di DCA ni la aku menjejakkan kaki untuk mencari ilmu dalam bidang pekerjaan. Di sini jugakla aku banyak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman.. disini jugala segala pahit manis, kesedihan, kegembiraan..macam –macam pengalaman ku perolehi. Bermacam2 perkara suka duka aku lalui…semuanya mengajar aku erti kesabaran, ketabahan, kecekalan, ketenangan….segala2nya…aku bersyukur kerana disini jugala aku beroleh rezeki yang melimpah ruah…semoga Allah sentiasa memberi aku peluang dan kesempatan untuk aku sentiasa memperbaiki diri. Terima kasih kepada semua yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku di DCA. Terima kasih tak terhingga kepada Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Khidmat Pengurusan kerana sudi memberi cenderahati kepada ku berupa replika kapalterbang Air Asia tu dan frame bergambarkan bangunan DCA memang terharu sungguh aku taktala menerima hadiah tersebut. Dan terima kasih juga kepada kengkawan kerana sudi memberi hadiah2 kepada aku.. ada juga yang menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan. Duit2 tu akanku simpan untuk Hadif..kenapala kengkawan semua susah2 bagi tu semua… aku Cuma mengharapkan agar persahabatan kita takkan terputus.... apapun aku sentiasa bersyukur atas pemberian mereka…Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment